Adipurush: Filem Bollywood dianggar telan kos RS400 crore

New Delhi: Filem terbaru aktor Prabhas arahan Om Raut berjudul Adipurush dijangka mengambil tempat di pawagam pada 11 Ogos 2022.

Om Raut sebelum ini yang mengarahkan filem epik ‘The Ansung Warriors’ akan membawa Ramayana ke layar lebar.

Dalam filem itu Prabhas akan bergandingan bersama Saif Ali Khan buat pertama kalinya menerusi filem 3D ini.

Prabhas melakonkan watak Ram dan Saif  sebagai Lankapati Ravana.

Penggambaran akan bermula pada bulan Januari nanti dianggar menelan kos hampir Rs400 crore.

Saif  berkata beliau sekali lagi akan bekerjasama dengan Om Dadaar (Om Raut) lagi selepas ‘Tanhaji’ yang menggandingkannya bersama Ajay Devgan.

“Rasanya senang bekerja dengan Om Dada yang mempunyai kemampuan untuk menghidupkan cerita dan pengetahuannya mengenai teknologi tidak terbatas. Saya terpesona dengan cara dia menghidupkan Tanhaji sebelum ini.

“Om Dada membawa saya dari panggung wayang yang canggih ke tahap yang lebih tinggi. Kali ini juga saya pasti dia akan memberikan lebih banyak kejutan.

“Saya teruja untuk berfikir bahawa saya akan menggunakan pedang dengan pahlawan yang kuat seperti Prabhas. Saya menunggu untuk membuktikan diri saya sebagai penjahat lagi,” katanya.

Sementara itu, Prabhas juga bersetuju bahawa Saif ‘Tanhaji’ memberi kesan yang mendalam dengan watak ‘Udayavan’ dalam filem itu.

“Saya juga berasa teruja kerana saya akan bekerjasama dengan pelakon seperti dia dan pengarah seperti Om,” katanya.
Selain dalam bahasa Hindi Filem ini akan dikeluarkan di peringkat antarabangsa ‘ dijangka akan dikeluarkan dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada.

 

Malay News
Glamour Desk