Belajar dari rumah melalui Televisyen

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Media Prima Berhad (MPB) telah bersetuju untuk berkerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV@NTV7 di saluran NTV7.

Dilaporkan kerjasama KPM dan MPB ini adalah inisiatif tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey, RTM dan saluran Tutor TV, di Astro, dalam satu kenyataan media bertarikh 18 November itu.

Slot program TV Pendidikan ini juga merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lapor kenyataan itu lagi, inisiatif ini juga adalah untuk meingkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.

Dilaporkan, slot TV Pendidikan di saluran NTV7 akan mula berisaran pada 23 November 2020 sehingga 31 Disember 2020,  dimana program ini akan disiarkan selama tiga (3) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu siaran adalah pada jam 9 pagi hingga 12 tghr.

Tambah laporan itu lagi, KPM dan MPB juga sedang dalam rundingan bagi meneruskan slot ini pada tahun 2021.

Untuk mendapatkan Jadul rancangan ibubapa dan pelajar melayari portal rasmi KPM di www.moe.goc.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu di Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Jumlah slot TV Pendidikan kini adalah sebanyak sembilan (9) jam sehari dan di siarkan setiap hari isnin hingga jumaat.

Malay News
Farah Fauzi