Berita kematian Jamali Shadat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Berita kematian pelawak veteran, Jamali Shadat, 78, seperti yang tular di laman sosial sejak awal pagi tadi adalah palsu.

Laman portal Sinar Harian melaporkan anaknya, Fauzi, 48, mengesahkan bapa beliau yang berada di rumah berada dalam keadaan sihat.

“Sejak pagi tadi saya terima banyak panggilan mengenai perkara itu, tak tahu dari mana datang berita itu, sabar jela. Berita tersebut palsu, tolong sebarkan ya. Dia sihat, Alhamdulillah…cuma kurang nak makan sangat,” katanya.

Fauzi berkata, keluarganya kesal dengan penyebaran berita itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya.

Keadaan kesihatan Jamali atau nama sebenarnya Jamalai Shadat sebelum ini dilaporkan semakin pulih oleh Sinar Harian.

Pemilik akaun Facebook, Joh Johor memberikan maklum balas berhubung perkara itu dengan memaklumkan berita tersebut tidak benar.

“Atok masih sihat buat masa sekarang, belum meninggal dunia.

“Sama-sama kita doakan agar datuk tenang dan aman serta terus diberikan kekuatan. Amin,” tulisnya.

 

Sumber : MalaysiaGazette

 

Malay News

Social Media Updates