Geng wanita pula berzapin

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Serdang: Jika sebelum ini video para pesakit lelaki positif Covid-19 yang sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang tular di media sosial kerana melakukan fasion show, nampaknya ‘geng’ wanita juga tidak mahu kalah.
Menerusi perkongsian yang viral di aplikasi Tiktok, pemilik akuan bernama Farah Sulaiman pula memuat naik beberapa video pesakit Covid-19 yang dikuarantin di MAEPS sedang menghiburkan hati dengan menari zapin.

Telatah tersebut dikongsikan kepada umum sebagai satu bentuk memotivasikan diri agar sentiasa ceria dan tidak mengalah dengan wabak yang sedang mereka hidapi.

Selain daripada video tersebut, beberapa video Tiktok lagi dibuat dengan pesakit-pesakit Covid-19 di MAEPS ketika itu bagi menghiburkan hati sesama sendiri.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi. Kebanyakkan daripada mereka terhibur melihat video tersebut kerana pastinya dapat mengurangkan sedikit ketegangan apabila dikuarantin dalam tempoh masa yang lama.

Selain itu juga, ia dapat menghiburkan barisan petugas barisan hadapan yang gigih bertugas memastikan penularan pandemik ini dapat dikawal.

Sumber: ohmymedia

Malay News
Social Media Updates