Sunday, November 29, 2020

Harga petrol naik 2 sen seliter

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Sumber : Bernama

National Desk