Sunday, January 24, 2021

Juventus mahu menjual Cristiano Ronaldo selepas dua tahun

Turin: Juventus menandatangani Cristiano Ronaldo dengan harga £100 juta pada musim panas 2018 bagi membantu mereka menjadi juara Eropah buat pertama kalinya sejak 1996.

Dua tahun telah berlalu dan penantian Juventus untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam sejarah mereka masih lagi berterusan.

Ketika Ronaldo yang akan menjangkau usianya ke-36, dia sering lagi membantu memenangi sesuatu perlawanan dan masih dianggap sebagai salah satu pemain terbaik dunia.

Namun, kini dilaporkan bahawa Juventus ingin menjual pemain bintang mereka itu apabila musim berakhir nanti.

Kontrak Ronaldo akan berakhir pada bulan Jun 2022 tetapi Juventus dilaporkan telah memutuskan untuk menjual pemenang Ballon d’Or lima kali pada akhir musim ini.

Ia kerana mereka ingin mendapatkan semula sebahagian daripada £100 juta yang telah mereka bayar kepada Real Madrid dan paling penting mengurangkan pembayaran gaji pemain.

Ronaldo kini memperoleh gaji €31 ​​juta (£28 juta) setiap musim di mana pada 2019, ianya tiga kali ganda lebih tinggi daripada mana-mana pemain lain dalam Serie A.

Untuk statistik gol, legenda Portugal itu telah menjaringkan 71 gol dalam 94 perlawanan untuk Bianconeri dan telah memenangi dua gelaran Serie A.

Sebelum ini, penyerang itu tidak mempunyai perancangan untuk bersara kerana mahu bermain sehingga umur 41 tahun. Jadi, jika Ronaldo meninggalkan Juventus pada musim panas hadapan, di manakah dia akan berhijrah?

Akmal Hakim
Sport Desk