Kamera robotik inovasi baru UPSI

Kuala Lumpur: Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya bertindak mengkaji pelbagai pedagogi dalam PdP menerusi tenaga pensyarah dengan menggunakan segala kreativiti dan kepakaran untuk mengatasi masalah kelesuan pembelajaran secara dalam talian.

Justeru, katanya, UPSI berusaha merungkai masalah PdP yang membosankan secara dalam talian sebagai pendekatan baharu agar ia berlangsung secara lebih santai untuk mengelakkan tekanan dan masalah ketidakfahaman terhadap ilmu yang hendak disampaikan.

Beliau berkata, berbanding kaedah sedia iaitu pensyarah menyampaikan kuliah dalam talian dengan kedudukan secara statik, namun sistem kamera robotik menyaksikan pensyarah lebih bebas untuk bergerak 360 darjah secara santai dan penyampaian tidak begitu formal.

Menurut beliau, kaedah itu bertujuan menghilangkan kelesuan dan kebosanan pelajar yang berjam-jam menghadap skrin komputer secara maya dan semua pensyarah UPSI digalakkan menggunakannya.

Menurutnya, menerusi kaedah berkenaan seolah-olah pelajar dan pensyarahnya berada di dalam kelas dan berinteraksi di antara satu sama lain dengan interaktif serta efektif serta menyeronokkan.

Beliau berkata, kamera robotik yang bergerak secara otomatik mengikut kedudukan pensyarah tidak memerlukan juru kamera yang mengendadalikan peralatan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Md Amin Md Taff berkata, UPSI akan menggerakkan tenaga pakar pedagoginya untuk menonjolkan idea-idea baharu sehingga menjadi rujukan masyarakat.

Pensyarah kanan di Fakulti Pembangunan
Manusia, Dr Mohd Hafiz Mohammad Hanif pula berkata, kaedah pedagogi itu memerlukan kreativiti dan lebih selesa untuk pensyarah berkomunikasi malah memberi impak yang sangat besar dan kesan yang sangat membersangkan kepada dalam kalangan pendidik sama ada di instutusi pengajian tinggi mahupun sekolah- sekolah di seluruh Malaysia.

Malay News
Farah Fauzi