Thursday, August 13, 2020
Facebook Twitter LinkedIn Google+

Kanak-kanak pukul diri sendiri, simptom Sindrom William

Wajah anak kecil, Haura Nurjehan Haniffa, 3, mungkin tiada beza jika dilihat sekilas pandang, tetapi bagi mereka yang mengetahui wujudnya penyakit Sindrom William, sejenis penyakit genetik disebabkan kecacatan kromosom pasti akan memandang anak kecil ini dalam sisi berbeza.

Haura Nurjehan, penghidap Sindrom William, iaitu penyakit jarang jumpa ini memiliki perwatakan

‘terlebih ceria’ terlampau peramah dan cepat tertekan, selain cuba mencederakan diri seperti memukul diri sendiri jika rasa tertekan.

Penghidap penyakit ini juga biasanya mengalami perkembangan tumbesaran agak lewat berbanding kanak-kanak normal, selain biasanya mengalami masalah saluran jantung sempit.

Usahawan, Siti Fauziah Masnan, berkata kelahiran anak ketiga daripada empat beradik ini pada awalnya seperti bayi normal lain sehingga anaknya itu berusia enam bulan, mengalami masalah penyempitan salur jantung.

Kemudian, beliau membawa anaknya berjumpa pakar di Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

Source: BH