Kesan kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP Mac lalu – Zafrul

Putrajaya: Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberi kesan kepada ekonomi sebanyak RM600 juta sehari.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kesan itu bagaimanapun tidak seteruk seperti mana pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kerajaan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari.

“Perlu saya tekankan bahawa PKP kali ini bukanlah seperti mana yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu kerana lima sektor penting masih dibuka, begitu juga gerai dan warung.

“Buat masa kini kita mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini juga sebab Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dilaksanakan,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan melancarkan PERMAI bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif akan dilaksanakan di yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.-Bharian

Malay News
National Desk