Lagi gempa bumi melanda Turki

Turki: Gempa bumi berskala 5.0 skala Richter tercatat di wilayah Siirt tenggara Turki pada hari Khamis pagi, lapor Agensi Anadolu, yang memetik agensi pengurusan bencana negara itu.

Gegaran berlaku pada kedalaman 14.02 kilometer (8.7 batu) di daerah Kurtalan pada pukul 08:45 pagi waktu tempatan (0545GMT), kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Sejauh ini tidak ada laporan mengenai korban yang diterima, tambah AFAD.

“Tidak ada kerosakan di pusat daerah Siirt dan Kurtalan. Pasukan penyelamat terus memeriksa kawasan berkenaan,” menurut Osman Hacibektasoglu, gabenor daerah Siirt.

Dia mengatakan bahawa setelah gempa bumi, pusat-pusat daerah dan penempatan di luar bandar sedang dikaji untuk menilai keadaan. Gabenor menambahkan mereka juga berhubungan dengan wilayah di mana balai polis berada.

Siirt adalah bandar dimana majoriti penghuninya berbangsa Kurdi di Turki, terletak berhampiran sempadan Syria dan Iran.

Gempa bumi sering berlaku di seluruh Turki. Dalam tempoh 12 bulan ini, dua gempa maut melanda negara ini. Salah satunya mengorbankan 117 individu di Izmir, sementara satu lagi mengorbankan 41 di wilayah Elazig.

Malay News
Farah Fauzi