Lah Ahmad teruja berkolaborasi dengan Haqiem Rusli dan Aina Abdul

Selangor: Penyanyi, Lah Ahmad teruja apabila dapat berkolaborasi dengan komposer dan penyanyi muda iaitu Haqiem Rusli dan Aina Abdul dalam album terbaharunya iaitu Selamat Datang Cinta.

Menurutnya, kerjasama itu terjalin apabila Haqiem berjumpa dengannya secara peribadi dan memberitahu hasrat mencipta lagu bharu khas untuknya.

“Dalam album baharu ini, ada satu lagu ciptaan Haqiem Rusli berjudul Sejarah. Dia bertemu saya sejak dua tahun lalu menyatakan hasrat mahu memberikan lagunya…akhirnya jadi kenyataan juga saat kami berjumpa awal tahun ini”, katanya ketika ditemui pihak media Mstar baru-baru ini.

“Saya juga ada bergandingan dengan Aina Abdul dalam lagu Tunggu Kamu. Lagu itu ciptaan saya sepenuhnya. Saya memang teringin nak berduet dengan artis baharu. Dalam ramai penyanyi, tuah menyebelahi Aina”, katanya lagi.

Lah akan mengambil risiko dengan menerbitkan album secara fizikal. Menurutnya, album yang mengandungi 7 buah lagu itu akan dicetak sebanyak 1,000 keping untuk peminat yang mahu sesuatu untuk dijadikan kenangan. Namun, dia tidak menolak kemungkinan pemasaran secara digital juga akan dilakukan kelak.

Sumber: Mstar

Akmal Hakim
Glamour Desk