Saturday, January 16, 2021

Latihan keras pra-musim lumrah, kata Syahmi Safari

Sha Alam: Program latihan pra-musim Selangor FC yang disifatkan sebagai keras tetap dinikmati pemain terutama tonggak serba boleh, Syahmi Safari. Arahan daripada ketua jurulatih kelahiranJerman, Karsten Neitzel, meskipun pekat dengan loghat tersendiri tetap difahami keseluruhan skuad itu yang datang daripada pelbagai latar belakang. “Ini perkara biasa dalam pra-musim.

“Sebagai pemain kami kena berikan 100 peratus, kalau curi tulang sekalipun kami tidak akan dapat apa-apa. “Kami perlu berikan yang terbaik walaupun loghat Neitzel sangat pekat, tapi bahasa bola sepak mudah difahami.

“Selangor sudah tandatangan Shahrel Fikri Md Fauzi, mudah-mudahan dia dapat bantu kami meraih sesuatu pada tahun ini,” kata tonggak kebangsaan itu di Shah Alam.-Selangor FC

Malay News
Sports Desk