Lori bawa bantuan misi banjir terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Bentong: Sebuah lori yang membawa barangan bantuan untuk mangsa banjir terbabas di Kilometer 17.3 Jalan Genting Highlands di sini pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, pemandu berusia 44 tahun bersama kelindan lori itu mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori yang dipandu lelaki tempatan dalam perjalanan dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Kerdau, Temerloh untuk misi bantuan banjir di negeri ini.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, lori yang dipandu gagal dikawal semasa melalui selekoh menuruni bukit lalu terbabas di bahu jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lori berkenaan pula mengalami kerosakan di bahagian hadapan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.-S.harian

Malay News
National Desk