Friday, April 10, 2020
Facebook Twitter LinkedIn Google+

PAS Paya Besar rai 6 pengantin di Walimah Perdana

Kuantan: PAS Kawasan Paya Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching telah mengadakan Walimah Perdana 1.0 di Arena Terbuka Dato’ Sri Abdul Manan, Jalan Permatang Badak Baru 2, Kuantan, di sini kelmarin dahulu.

Majlis meraikan enam pasangan pengantin yang terpilih ini dimulakan dengan acara akad nikah di Masjid Saidina Uthman, Bukit Rangin, sebelum pengantin berarak ke arena tersebut dengan diiringi oleh para pimpinan PAS dan pihak penganjur program serta keluarga.

Antara yang mengiringi dalam perarakan itu adalah Yang DiPertua PAS Paya Besar merangkap Adun Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berserta isteri dan Pengarah Program, Ustaz Hazmi Dibok bersama isteri untuk makan beradab.

Majlis juga dimeriahkan dengan dendangan lagu berselang-seli dengan ucapan dari para tetamu, majlis memotong kek dan berakhir dengan pengantin serta keluarga ke dewan tertutup yang telah disediakan pelamin indah untuk sesi bergambar.

Turut hadir meraikan enam pasangan tersebut antaranya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman serta Adun Beserah Andansura Rabu.

Lebih 7,000 tetamu menikmati kenduri yang menyediakan gulai kawah, ayam goreng, ulam-ulaman, sambal, ikan masin serta minum yang pelbagai warna dan perasa antaranya sirap selasih, anggur, sarsi dan limau asam boi.

Malay News
Kuantan