Petugas Radio Tamil RTM positif Covid-19

RTM Office Building

Kuala Lumpur: Stesen radio Tamil, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan selama dua hari bermula hari ini dan esok ekoran seorang petugasnya didapati positif Covid-19.
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) RTM memaklumkan, petugas terbabit merupakan kakitangan di meja berita disahkan positif wabak itu 22 Januari lalu.

Katanya, pihak BKP telah mengemukakan maklumat tersebut kepada Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pengesahan kes dan seterusnya prosedur pengesanan kontak rapat di pejabat sedang dilaksanakan.

“Semua kontak rapat yang tersenarai diarahkan kuarantin wajib dirumah mulai hari ini 22 Januari 2021 selama 10 hari.

“Tarikh temujanji akan ditentukan oleh PKD Lembah Pantai bagi semua yang disenaraikan kontak rapat untuk membuat ujian swab, menerima surat kuarantin dan pemakaian gelang kuarantin wajib,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak jabatan akan mengatur sesi disinfeksi pejabat dalam masa terdekat dan sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu akan disampaikan melalui BKP jabatan.

Malay news
National Desk