Monday, August 10, 2020
Facebook Twitter LinkedIn Google+

Ramai orang muda sakit jantung

Women Heart Pain

Malay News: Banyak kes kematian mengejut disebabkan serangan jantung termasuk membabitkan figura terkenal, atlet, selebriti dan orang terdekat seolah-olah ia menjadi penyakit lazim.

Lebih mengejutkan, pemergian yang tidak disangka-sangka, ada yang mati ketika sedang tidur atau bersukan.

Berdasarkan Pangkalan Data Kardiovaskular Kebangsaan 2014 dan 2015, menunjukkan kira-kira satu dalam empat pesakit menghidap masalah jantung berusia bawah 50 tahun.

Dengan itu umur purata pesakit di Malaysia adalah 58.5 tahun, lebih muda berbanding Thailand (63.5 tahun) dan 68 tahun di Singapura mengalami serangan sakit jantung atau dalam istilah perubatannya ‘Acute Coronary Syndrome’ (ACS) iaitu salah satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di negara ini.
Ramai pesakit muda

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Yaakob, berkata dalam pangkalan data yang dikemas kini 2018, terdapat kira-kira 17,771 pesakit ACS, memperlihatkan kepentingan orang muda untuk menjalani gaya hidup sihat bagi mengelakkan risiko serangan jantung.

Katanya, daripada jumlah itu kira-kira 80 peratus adalah lelaki berusia di bawah 50 tahun dengan 55 peratus daripadanya adalah perokok tegar.

Sementara bagi wanita cenderung berdepan masalah jantung selepas mereka melepasi menopaus.

“Hal ini berkait gaya hidup pasif dan pemakanan yang tidak dijaga, selain banyak dipengaruhi tabiat merokok, komplikasi kesihatan seperti kencing manis, tinggi kolesterol dan kegemukan yang memberi kesan apabila ramai mengalami kesempitan salur darah di jantung mengakibatkan banyak plak terkumpul dan membentuk atherosclerosis.

“Justeru, ini menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit muda menderita masalah jantung tanpa disedari tambahan mereka tidak menjangkakan risikonya berikutan masih berusia 30 tahun dan ke atas,” katanya kepada BH.

Amalkan gaya hidup sihat

Katanya, pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai gejala atau simptom berkaitan serangan jantung kerana ia boleh berlaku pada sesiapa saja.

Ini berikutan ramai tidak mengambil berat dengan pemakanan dan pemeriksaan kesihatan jantung kerana merasakan mereka tiada risiko.

“Sepatutnya mereka mempraktikkan kembali gaya hidup sihat, senaman berkala, menjaga pemakanan dan segera melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun.

“Kelewatan itu mendedahkan kepada risiko kematian.

-Kesihatan Desk