Resipi Masakan Tom Yam

Lifestyle: Tom yam ialah sejenis sup yang berasal dari Thailand. Tom yam berisikan ayam yang dipotong kecil-kecil dikombinasikan bersama rempah seperti serai, daun limau purut, halia dan cili. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Dikongksikan resepi memasak tomyam buat anda semua.

Bahan-bahan yang digunakan:

– Ayam, potong kecil-kecil. Untuk lebih sedap, tambah seafood macam udang dan sotong.
– Sebiji bawang besar (hiris), guna bawang holland untuk lebih sedap.
– 4 ulas bawang putih (ketuk).
– 2 batang serai (ketuk dan hiris menyerong).
– 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit).
– Lengkuas (hiris).
– Cili padi (ketuk).
– Akar ketumbar (rahsia untuk sedapkan tomyam).
– Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan).
– Pes tom yam botol kecil.
– Pes cili thai.
– Susu cair sejat.
– Daun ketumbar (hiris).

Cara memasak:

1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.
2. Kemudian, masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.
3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan satu botol pes tom yam. Kalau guna pes botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar.
6. Masukkan 4 sudu kecil pes cili thai. Kacau sampai sebati.
7. Lepas itu, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Masukkan sayur.
9. Masak hingga sayur empuk.
10. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sampai sebati. Terus tutup api.
11. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Tidak perlu perah asam limau kerana pes sudah secukup rasa masam dia.

Selamat mencuba.

Sumber: saji.my

Akmal Hakim
Lifestyle Desk