Seorang Peserta Wipeout Meninggal Dunia

United States: Seorang peserta dalam rancangan pertandingan TBS Wipeout telah meninggal dunia setelah menyelesaikan salah satu kursus rintangan khas program itu menurut akhbar PEOPLE. Kejadian berlaku semasa penggambaran filem untuk reboot Wipeout yang akan datang.

Sumber yang hampir dengan produksi memberitahu PEOPLE bahawa peserta itu memerlukan rawatan perubatan setelah tamat kursus pada hari Rabu dan telah dilihat oleh pegawai perubatan lokasi.

Menurut TMZ, dia dibawa ke hospital selepas itu yang mana dia kemudian disahkan meninggal dunia. Namun, nama peserta demikian masih belum boleh didedahkan.

“Semua peserta di Wipeout menjalani pemeriksaan perubatan sebelum mereka dibenarkan untuk mengambil bahagian”, kata sumber itu.

“Terdapat pasukan keselamatan di lokasi yang terdiri daripada beberapa paramedik, dua petugas perubatan, koordinator paramedik dan pengeluar keselamatan. Terdapat pasukan keselamatan yang sentiasa ada”, kata sumber itu lagi.

“Kami sangat kecewa mengetahui kematiannya dan berasa simpati yang mendalam kepada keluarganya juga”, kata TBS kepada PEOPLE dalam satu kenyataan.

Syarikat produksi disebalik siri ini iaitu Endemol Shine North America menambah, “Kami mengucapkan takziah sepenuh hati kepada keluarga dan pemikiran kami sekarang bersama mereka”.

Sebagai pengetahuan, Wipeout mula ditayangkan di ABC dari tahun 2008 hingga 2014. Namun, pada bulan April 2020, rancangan itu diumumkan akan mendapat reboot di TBS.

Siri ini menampilkan kumpulan peserta yang ditugaskan untuk menangani siri kursus rintangan. Menurut Deadline, rintangan dalam reboot dicipta untuk menjadi sedikit lebih mencabar dengan setiap permainan dirancang menjadi tiga pusingan termasuk kursus tiga tahap yang terdiri daripada banyak strategi dan titik keputusan.

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top