Terlalu awal untuk membuat tentukan punca COVID-19: WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Michael J Ryan

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai misinya ke Wuhan bagi mengetahui punca sama ada pandemik COVID-19 itu bermula dari China atau sebaliknya.

Sepasukan pakar WHO tiba di Wuhan pada 14 Januari lalu untuk mula menyiasat asal-usul COVID-19, lebih setahun selepas kes pertama dikesan di kota tengah negara itu. Pasukan itu dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani kuarantin dua minggu.

China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan pasukan pakar saintis WHO dengan memberikan maklumat naratif berkaitan virus itu. Beijing percaya bahawa wabak itu bermula di luar sempadan negara itu.

Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan berkata: “Semua hipotesis sudah ada di meja. Namun, terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari mana sebenarnya virus ini bermula, sama ada di dalam atau luar China.

“Terdapat pelbagai andaian… pemerhatian saintifik di pelbagai bahagian dunia… semua itu sangat penting, kerana ia membina gambaran, sebenar” katanya pada sidang media di Geneva.

Namun, katanya; “Ini adalah umpama susun suai gambar dan anda tidak dapat mengetahui apa sebenarnya imej yang dipaparkan hanya melihat daripada sekeping kad daripada potongan 10,000 keping potongan yang lain,” katanya.

Virus itu menyebabkan lebih dua juta orang terkorban setakat ini, menjangkiti puluhan juta yang lain dan memberi kesan kepada ekonomi global.

WHO berkata, penting untuk mencari jalan bagi mengesan punca virus itu daripada haiwan ke manusia, untuk mencegah wabak itu di masa depan.

Pertubuhan itu memberitahu siasatan harus bermula daripada maklumat yang tepat mengenai kes pertama ditemui, berdasarkan petunjuk yang ada dari sana.

“Mari kita melihat ke belakang kes ini untuk mencari bukti, mari kita jalankan melalui jejak sains. Pasukan kami berada di lapangan, mereka mempunyai pengalaman yang baik ketika bekerja dengan rakan sekerja dari China di sana. Kami sedang berusaha mengumpul maklumat melalui data yang ada. “Data ini akan membawa kita ke fasa seterusnya yang mana kita harus pergi dan melihat sendiri asal-usul virus ini.

“Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, tetapi kami yakin ada kemajuan dan kami berharap dapat terus melakukan siasatan lanjut demi kepentingan kesihatan masyarakat di masa depan,” katanya. – AFP/Bharian