• Home
  • Technology
  • Thailand dijangka meterai perjanjian 5G dengan China selepas Indonesia

Thailand dijangka meterai perjanjian 5G dengan China selepas Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Bangkok: China mengumumkan sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembinaan kapasiti keselamatan internet dan kerjasama teknologi 5G dengan Indonesia.

Beijing memaklumkan, MoU itu ditandatangani ketika lawatan Menteri Luar China, Wang Yi, ke Indonesia minggu lalu.

Media kerajaan China memuji perjanjian itu dengan menyifatkannya ‘serangan balas strategik terbaru Beijing untuk memusnahkan program jaringan anti-China oleh Washington dan merosakkan halangan didalangi Amerika Syarikat (AS)’.

Media China turut menyifatkan perjanjian dengan negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu akan menarik lebih banyak negara yang berjiran dengan Indonesia.

Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk firma China, termasuk Huawei yang berdepan kesukaran menembusi pasaran Eropah, meneroka pasaran Asia yang semakin membesar.

Global Times, yang memetik Pengarah Pusat Penyelidikan Asia Tenggara di Akademik Sains Sosial China, Xu Liping, melaporkan, lebih banyak negara dijangka mengikut jejak Indonesia.

“Antara lain termasuk Thailand, Malaysia dan Filipina, di mana terdapat kehadiran besar syarikat dari China dalam sektor pembinaan infrastruktur,” katanya.

Bagaimanapun, Liping berpandangan, beberapa negara lain seperti Vietnam dan Singapura yang mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ terhadap pelaburan China, mungkin tidak terlalu ghairah menandatangani perjanjian seumpamanya.

Memetik penganalisis, Global Times melaporkan, pasaran Asia Tenggara kini meningkat pesat dengan penduduk lebih 600 juta.

Pada masa sama, perkembangan internet yang masih berada di peringkat awal , berpotensi membantu Huawei mengatasi kekangan menembusi pasaran Eropah.

Sumber: AGENSI

Malay News
Technology Desk