Sunday, January 24, 2021

Tiada empangan pecah di Kota Tinggi 

Johor Bahru: Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora, di sini.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.

“Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B,” kata beliau.

Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.

Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan jalan raya.

 

Sumber : Bernama