1.5 juta jemaah Masjidil Haram 10 hari pertama Ramadan

1.5 juta jemaah Masjidil Haram 10 hari pertama Ramadan

MAKKAH: Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menguruskan hampir 1.5 juta jemaah termasuk jemaah umrah di Masjidil Haram pada 10 hari pertama Ramadan.

Menurut Saudi Press Agency (SPA) kemasukan dibenarkan berdasarkan kawalan berjaga-jaga dengan memanfaatkan keupayaan untuk memberi keselesaan kepada jemaah, serta mengambil langkah berjaga-jaga dan penjarakan fizikal.

Pengarah Jabatan Umum bagi Pengurusan Orang Ramai di Masjidil Haram, Osama Al-Hujaili mengesahkan, pejabat presiden memanfaatkan kemampuan operasinya untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah umrah ketika Ramadan, dengan memperuntukkan halaman Mataf untuk mereka, menguruskan proses keluar masuk dan menyediakan jalan untuk warga tua serta orang kurang upaya.

Beliau meminta jemaah umrah untuk mematuhi masa yang dikeluarkan kepada mereka melalui aplikasi Eatmarna, memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top