1 sungai di Terengganu melepasi paras amaran

1 sungai di Terengganu melepasi paras amaran

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Tiada sungai direkodkan melepasi paras bahaya walaupun kebanyakan sungai utama di Terengganu, masih merekodkan bacaan melepasi paras normal.

Setakat 8 pagi, hanya satu sungai melepasi paras amaran, manakala empat sungai pula mencatatkan bacaan melepasi paras waspada

Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman, melepasi paras amaran dengan bacaan 3.86 meter (m) melepasi paras normal 1.4 m.

Empat sungai yang direkodkan melepasi paras waspada masing-masing satu sungai di Setiu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (11.21 m) dan Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu (2.09 m)

Turut melepasi paras waspada adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (10.66 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman (17.56 m).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top