10 ‘destinasi tersembunyi’ menakjubkan di dunia

10 ‘destinasi tersembunyi’ menakjubkan di dunia

Dalam dunia yang sarat dengan destinasi tular dan lokasi buat mereka yang gemar berkongsi di platform media sosial, masih banyak destinasi tersembunyi serta belum diterokai. Sebahagian daripadanya tidak dipaparkan dalam senarai tempat pelancongan, namun ia mempunyai tarikan tersendiri. Lokasi rahsia seumpama itu sesuai untuk pengembara yang mahukan privasi. Berikut adalah 10 destinasi kurang diketahui umum, namun harus dikunjungi.

1. Hallstatt (Austria)

Sebuah perkampungan kecil di tepi tasik dikelilingi gunung seperti lukisan dongeng. Pemandangannya indah dengan perkampungan unik dan kewujudan lombong garam. Hallstatt merupakan destinasi romantik yang ramai terlepas pandang.

2. Huacachina (Peru)

No Image Caption

Sebuah oasis sebenar di tengah padang pasir. Ia dilengkapi dengan tasik kecil, pokok palma dan dikelilingi bukit pasir gergasi. Aktiviti seperti sandboarding dan buggy ride menjadi pilihan buat mereka yang mahu melakukan aktiviti lasak.

3. Kotor (Montenegro)

No Image Caption

Kota lama di tepi laut ini kaya dengan sejarah Zaman Pertengahan dan terletak antara banjaran gunung yang menakjubkan. Lokasinya kurang sesak berbanding Dubrovnik di Croatia dan sesuai untuk individu yang mahu mencari ketenangan.

4. Aït Benhaddou (Maghribi)

No Image Caption

Perkampungan purba yang dibina daripada tanah liat merah dan masih kekal utuh seperti zaman silam. Ia merupakan lokasi popular penggambaran filem Game of Thrones.

5. Svalbard (Norway)

No Image Caption

Ia terletak berhampiran dengan Kutub Utara dan menawarkan panorama menakjubkan glasier, beruang kutub dan fenomena aurora. Glasier di Svalbard dianggarkan berusia antara 3,000 dan 4,000 tahun.

6. Jiufen (Taiwan)

No Image Caption

Perkampungan di atas bukit yang dilitupi kabus dan penuh nostalgia. Laluannya yang sempit turut dihiasi lampu tanglung, kedai teh tradisional. Ia diinspirasikan daripada filem animasi, Spirited Away.

7. Kepulauan Faroe

No Image Caption

Sebuah kepulauan terdiri daripada 18 pulau ini di Atlantik Utara terletak antara Iceland dan Norway. Struktur tebing tinggi, rumah beratapkan rumput dan pemandangan unik air terjun menjadikan pulau ini seakan-akan berada di dunia lain.

8. Chefchaouen (Maghribi)

No Image Caption

Dikenali sebagai ‘Mutiara Biru’, bandar kecil ini dicat dengan warna biru dari dinding bangunan hingga ke bahagian tangga. Ia terletak di kawasan pergunungan Rif dan menggabungkan pengaruh Maghribi dan Andalusia.

9. Wulingyuan (China)

No Image Caption

Hutan batu di wilayah Hunan yang terdiri daripada ribuan tiang pasir gergasi setinggi 200 meter ini dilitupi tumbuhan hijau. Ia turut mempunyai kira-kira 40 gua dan jambatan semula jadi, Tianqiashengkong serta menjadi habitat banyak spesies haiwan.

10. Isle of Eigg (Scotland)

No Image Caption

Pulau kecil yang terkenal dengan penggunaan tenaga lestari 100 peratus ini hanya mempunyai kira-kira 110 penduduk. Ia adalah sebahagian daripada gugusan ‘small isles’ bersama dengan Rum, Muck dan Canna. Ia mempunyai pemandangan alam semula jadi yang memukau pandangan.

Scroll to Top