MEDIA sosial berjaya merevolusikan cara individu menjalin hubungan dan berkomunikasi dalam era digital masa kini.
Antara pelbagai platform yang mendominasi dunia dalam talian, Instagram muncul sebagai salah satu yang paling popular dan berpengaruh, dengan bilangan pengguna aktif mencecah berbilion di seluruh dunia.
Berikut adalah senarai akaun Instagram yang paling ramai pengikut, berdasarkan laporan Forbes. Untuk rekod, angka ini setakat 14 Ogos 2025.
1. Cristiano Ronaldo
Jumlah pengikut: 662 juta
Nilai kekayaan: AS$1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion)
Pekerjaan: Pemain bola sepak
Negara: Portugal
Penyerang pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo adalah atlet dengan bayaran tertinggi di dunia dengan memecahkan pelbagai rekod dan mencipta kejayaan baharu di atas padang.
2. Lionel Messi
Jumlah pengikut: 506 juta
Nilai kekayaan: AS$ 1.15 bilion (kira-kira RM5.4 bilion)
Pekerjaan: Pemain bola sepak
Negara: Argentina
Beliau kini memegang peranan sebagai kapten pasukan kebangsaan Argentina, selain beraksi sebagai penyerang untuk kelab terkenal, Inter Miami.
3. Selena Gomez
Jumlah pengikut: 417 juta
Nilai kekayaan: AS$ 1.3 bilion (RM6.11 bilion)
Pekerjaan: Penyanyi, pelakon
Negara: Amerika Syarikat
Selena juga pengasas Rare Beauty, sebuah jenama kosmetik yang cukup berpengaruh di peringkat global.
4. Kylie Jenner
Jumlah pengikut: 393 juta
Nilai kekayaan: AS$710 juta (kira-kira RM3.3 bilion)
Pekerjaan: Personaliti Realiti TV, Model, Ahli perniagaan
Negara: Amerika Syarikat
Akaun Instagramnya menjadi platform utama untuk mengetengahkan pelbagai perniagaan miliknya yang terkenal, termasuk jenama kosmetik yang sangat berjaya, Kylie Cosmetics, serta beberapa jenama lain seperti Kylie Skin, Kylie Swim, dan Kylie Baby.
5. Dwayne ‘The Rock’ Johnson
Jumlah pengikut: 392 juta
Nilai kekayaan: AS$800 juta (kira-kira RM3.76 bilion)
Pekerjaan: Pelakon, produser, bekas ahli gusti
Negara: Amerika Syarikat
Walaupun mula dikenali sebagai ahli gusti profesional, kerjaya terkininya lebih tertumpu kepada industri hiburan sepenuhnya.
6. Ariana Grande
Jumlah pengikut: 374 juta
Nilai kekayaan: AS$ 240 juta (kira-kira RM1.1 bilion)
Pekerjaan: Pelakon, penyanyi
Negara: Amerika Syarikat
Ariana Grande juga mendapat perhatian dalam industri kosmetik menerusi jenama REM Beauty yang diasaskannya.
7. Kim Kardashian
Jumlah pengikut: 355 juta
Nilai kekayaan: AS$1.7 bilion (kira-kira RM7.99 bilion)
Pekerjaan: Bintang realiti TV, perniagaan
Negara: Amerika Syarikat
Personaliti media yang berpengaruh dan usahawan wanita yang bijak, Kim turut meneroka pasaran pakaian dalam pelangsing (shapewear) menerusi penubuhan syarikatnya, Skims, pada 2019.
8. Beyonce
Jumlah pengikut: 310 juta
Nilai kekayaan: AS$ 760 juta (kira-kira RM3.66 bilion)
Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, ahli perniagaan
Negara: Amerika Syarikat
Akaun Instagram Beyonce menarik jumlah pengikut yang mengagumkan, dan memaparkan lebih daripada 2,060 hantaran yang diurus dengan teliti.
9. Khloe Kardashian
Jumlah pengikut: 301 juta
Nilai kekayaan: AS$60 juta (kira-kira RM282 juta)
Pekerjaan: Bintang realiti TV, ahli perniagaan
Negara: Amerika Syarikat
Khloe Kardashian terkenal sebagai personaliti televisyen realiti, model, dan usahawan wanita, mula meraih perhatian ramai menerusi penyertaannya dalam rancangan realiti popular Keeping Up with the Kardashians.
10. Justin Bieber
Jumlah pengikut: 294 juta
Nilai kekayaan: AS$ 300 juta (kira-kira RM1.41 bilion)
Pekerjaan: Penyanyi
Negara: Amerika Syarikat
© New Straits Times Press (M) Bhd




