hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.15 petang ini .
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU 164; Nilai, Negeri Sembilan (161) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (160).
Sementara itu, Klang, Selangor mencatatkan bacaan 158, Putrajaya 157, Indera Mahkota Kuantan, Pahang pula 156 dan Petaling Jaya, Selangor serta Kota Tinggi, Johor masing-masing merekodkan bacaan 155.
Selain itu, Banting Selangor mencatatkan bacaan 143 dan Kota Bharu, Kelantan pula 103.
Dalam pada itu, sebanyak 31 kawasan merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan lain berada pada tahap baik.
© New Straits Times Press (M) Bhd




