Di sebalik kemajuan teknologi pengangkutan global, masih wujud pelbagai jenis kenderaan yang menjadi ancaman kepada keselamatan penumpang.
Di negara-negara membangun khususnya, kemiskinan, kurangnya penguatkuasaan dan infrastruktur usang menjadikan pengangkutan awam bukan sekadar tidak selesa, malah berisiko tinggi kepada nyawa. Berikut adalah 10 kenderaan paling merbahaya di dunia
1. Bas Gunung Andes (Bolivia, Peru)

Bas Gunung Andes (Bolivia, Peru). – Agensi
Bas yang melalui laluan pergunungan Andes, terutama di laluan terkenal Yungas Road di Bolivia, digelar “Death Road” kerana tahap bahayanya.
Banyak insiden melibatkan bas terjunam ke dalam jurang, menyebabkan puluhan penumpang terkorban dalam sekelip mata.
2. Kereta api (India)

Kereta api di India. – Agensi
Kereta api di India seperti Kerala Express sering sarat dengan penumpang hingga ke tahap luar biasa.
Penumpang bukan sahaja memenuhi tempat duduk, malah bergantung di tepi pintu dan naik ke atas bumbung tanpa sebarang sistem keselamatan menyebabkan ratusan maut akibat terjatuh, dilanggar kereta api lain atau terkena kabel elektrik.
3. Bot kayu (Indonesia)

Feri Indonesia. – Agensi
Feri atau bot kayu di Indonesia merupakan pengangkutan utama rakyat di pulau terpencil. Namun, tiada had penumpang menyebabkan orang ramai yang naik sesuka hati hingga melebihi kapasiti.
Tragedi KM Sinar Bangun (2018) di Danau Toba yang mengorbankan lebih 160 orang adalah contoh nyata bahawa bot tersebut membawa lebihan muatan penumpang.
4. Trak buruh (Pakistan, Myanmar, India)

Trak terbuka buruh (Pakistan, Myanmar, India), – Agensi
Di negara seperti Pakistan dan Myanmar, lori terbuka dijadikan kenderaan awam untuk membawa buruh dan penduduk desa. Mereka duduk di atas timbunan barang atau berdiri di tepi kenderaan tersebut.
Tanpa tali pinggang keselamatan atau kerusi, ramai penumpang dilaporkan tercampak apabila lori terbabas atau brek gagal berfungsi.
5. Jeepney (Filipina)

Jeepney (Filipina). – Agensi
Jeepney yang terkenal di Filipina merupakan hasil ubah suai kenderaan tentera lama menjadi kenderaan awam. Walaupun ikonik, ia tidak mematuhi standard keselamatan moden.
Kebanyakan kenderaan ini tidak mempunyai sistem brek, tali pinggang keselamatan atau alat pemadam api yang diwajibkan jabatan penguatkuasaan keselamatan jalan raya di negara tersebut.
6. Tuk Tuk dan motosikal teksi (Thailand, Vietnam, Kemboja)

Tuk tuk di Thailand. – Agensi
Tuk tuk di Thailand, Vietnam dan Kemboja serta motosikal teksimenjadi pilihan rakyat kerana murah dan pantas.
Namun, pemandu sering memandu secara agresif, mencelah dan melanggar lampu isyarat sehingga menjadikannya sangat terdedah kepada kemalangan.
7. Feri Bangladesh

Feri Bangladesh. – Agensi
Feri di Bangladesh beroperasi di sungai besar seperti Buriganga, sering memuatkan penumpang berganda daripada kapasiti asal. Tanpa jaket keselamatan, penyeliaan, atau sistem penyelamat, setiap perjalanan jadi pertaruhan nyawa.
Karam akibat muatan berlebihan, cuaca buruk atau pelanggaran sesama feri adalah perkara biasa di negara tersebut.
8. Bas ekspress (Kenya, Tanzania)

Bas ekspress (Kenya, Tanzania). – Agensi
Bas ekspres yang melalui jalan luar bandar di Afrika seperti Kenya dan Tanzania sering dipandu laju di atas jalan tidak berturap. Ditambah dengan brek usang dan tayar buruk menyebakan nahas tidak dapat dielak.
Penumpang yang duduk rapat dan tanpa memakai tali pinggang keselamatan berisiko tercampak keluar atau dihimpit dalam kemalangan.
9. Van sekolah (India, Pakistan, Bangladesh)

Van sekolah (India, Pakistan, Bangladesh). – Agensi
Van sekolah di kawasan luar bandar Asia Selatan sering diubah suai dari kenderaan lama dan tidak diselenggara dengan baik.
Kenderaan jenis ini kerap terlibat dalam kemalangan. Setiap tahun, kanak-kanak menjadi mangsa dalam kenderaan yang membawa mereka ke sekolah masing-masing
10. Lori pelarian (Syria, Sudan)

Bas pelarian di Syria. – Agensi
Dalam situasi perang, lori kerap dijadikan alat pengangkutan untuk pelarian melarikan diri. Penumpangnya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak
Kenderaan ini juga sering menjadi sasaran serangan udara atau darat. – Agensi