100 pengamal media sertai Plus-Media Merdeka Go-Kart

100 pengamal media sertai Plus-Media Merdeka Go-Kart

suzalina@bh.com.my

Subang Jaya: Hampir 100 pengamal media termasuk pengurusan tertingginya merasai pengalaman menjadi pelumba go-kart melalui pertandingan Plus-Media Merdeka Go-Kart Endurance Race 2024, di sini, malam kelmarin.

Program di Speedway Plus Karting Circuit itu dianjurkan oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) sebagai inisiatif mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang kukuh antara syarikat itu bersama pihak media.

Menariknya, acara perlumbaan go-kart ini kembali dianjurkan Plus untuk pengamal media selepas 11 tahun.

Bagi kategori Media VIP, seramai 18 pelumba menunjukkan kebolehan masing-masing beraksi di litar manakala bagi kategori ‘endurance race’, sebanyak 18 pasukan berentap.

Antara pesertanya adalah Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan; Pengarang Kumpulan, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape dan Pengarang Eksekutif, New Straits Times (NST), Sharanjit Singh.

Bagi kategori endurance race, antara yang berentap adalah pasukan BH menerusi BH Storms yang diwakili oleh Sariha Mohd Ali, Amirullah Andi Nur, Suzalina Halid dan Hazwan Faisal selain pasukan Harian Metro, TV3 dan NST.

Bagi kategori Media VIP, ia dimenangi Firdaus Razani yang mewakili Pengarah Urusan, Careta dengan catatan masa terbaik 1:06 saat.

Naib juara menjadi milik Ketua Penyiaran TV dan Radio, Bernama, Mohd Shukri Ishak, manakala Sharanjit pula meraih tempat ketiga.

Semua pemenang menerima trofi, medal dan hadiah iringan.

Pemenang Anugerah Best Lap pula diungguli oleh Ketua Komunikasi Korporat Plus, Iskandar Dzulkifli dengan catatan 1:03 saat.

Sementara itu, pasukan Harian Metro muncul juara endurance race yang berjaya melakukan 54 pusingan dengan catatan masa 1 jam 2 minit 20 saat, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

Tempat kedua pula menjadi milik Bernama TV yang turut melakukan sebanyak 54 pusingan dengan catatan masa 1 jam 2 minit 50 saat.

Mereka membawa pulang wang tunai sejumlah RM1,000.

Sementara, pasukan NST tampil pemenang tempat ketiga dengan jumlah pusingan sebanyak 53 dan catatan masa 1 jam 2 minit 55 saat, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM800.

Pemenang tempat keempat pula memenangi RM700 oleh Suria FM, manakala pasukan Bernama Wires di tempat kelima untuk membawa pulang RM500. BH Storms di kedudukan ke-12.

Acara itu turut diserikan dengan kehadiran pengurusan tertinggi Plus iaitu Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pegawai Kewangan, Sharuddin Omar Hashim.

Hadir sama dalam kalangan pengurusan Plus adalah Ketua Pegawai Eksekutif Teras Teknologi, Anwar Ishak; Ketua Pegawai Teknologi, Kang Yew Jin; Ketua Pegawai Governans dan Risiko,Satpal Singh; Pengurus Besar Kanan Operasi, Mohd Yusuf Abdul Aziz dan Pengurus Wilayah Tengah, Hot Hamzah.

Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim turut hadir memberikan sokongan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top