11 laluan di Jitra ditutup sementara akibat banjir

11 laluan di Jitra ditutup sementara akibat banjir

am@hmetro.com.my

Jitra: Sebelas laluan di daerah ini ditutup sementara hari ini berikutan jalan raya dilmpahi air akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, lokasi terbabit dinaiki air dan terpaksa ditutup sehingga air surut.

Beliau berkata, jalan terbabit adalah Jalan Kampung Kubang Betong ke Kampung Kangar, Jalan Jitra ke Bukit Wang, Jalan Tanah Merah ke Wang Tepus, Jalan Titi Besi ke Kampung Pasir, Jalan Kampung Bata ke Kampung Kota Giam, Jalan Kelubi Luar ke Kampung Kota Giam.

Selain itu katanya, laluan lain iaitu Jalan Jitra ke Kampung Kelubi (terowong), Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi / Kampung Lembah, Jalan Batu 9 Jitra ke Alor Rambai / Kepala Batu, Jalan Asun ke Binjal /Kampung Telok hanya untuk kenderaan berat.

“Kilometer 32.1 hingga Kilometer 33.2 Lebuhraya Plus aras Selatan pula dilencongkan sepenuhnya ke susur Bandar Darulaman dan Kilometer 33.2 hingga Kilometer 32.1 Lebuhraya PLUS arah utara dilencongkan sepenuhnya ke susur Alor Selatan utara,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, antara laluan yang sudah dibuka semula sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan iaitu Jalan Kampung Natoi ke Kampung Lembah/Kampung Bendang Dalam, Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra, Jalan Kepala Batas ke Titi Besi dan Jalan Jitra ke Sungai Korok .

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau Balai Polis berhampiran,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top