
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 46 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pada lewat Jumaat. Foto X/@PortalRP10
SAO PAULO – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 46 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pada lewat Jumaat di lebuh raya di negeri Mato Grosso, wilayah tengah-barat Brazil, menurut polis lebuh raya persekutuan Brazil pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut agensi berita kerajaan Agencia Brasil, daripada jumlah mangsa yang cedera, lapan mengalami kecederaan ringan, 26 cedera sederhana manakala 12 lagi, termasuk pemandu trak cedera parah.
Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Lucas do Rio Verde, kira-kira 360 km dari Cuiaba, ibu negeri berkenaan.
Bas itu dalam perjalanan dari Cuiaba ke Sinop, sebuah hab utama bagi industri perniagaan tani Brazil.
Polis sedang menyiasat punca kemalangan itu. – Bernama
Â
Â