khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) itu nama gabungan terdiri daripada 11 Parti-Parti Politik di Luar Blok Kerajaan dengan tema perjuangan ‘Selamatkan Malaysia’.
Ia merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), BERJASA, Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).
Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan 11 pemimpin parti itu, mesyuarat yang diadakan hari ini mengambil ketetapan untuk menganjurkan Kongres Nasional Ikatan Prihatin Rakyat pada awal tahun depan.
“(Ia) bagi menegaskan pendirian IPR dalam menangani isu-isu rakyat dan menyelamatkan Malaysia dari terus terhumban dan tercicir dalam persaingan rantau dan global.
“Sekretariat IPR ditubuhkan untuk melihat konsep dan semua aspek kehidupan masyarakat untuk dibincangkan dalam kongres ini,” kata mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd




