BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 mangsa maut selepas trak bertembung dengan bas di timur China ketika cuti umum, lapor media tempatan hari ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, trak itu melintasi penghalang di lebuh raya utara Shanghai di wilayah Jiangsu dan merempuh sebuah bas, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Dua trak lain kemudian merempuh salah satu kenderaan itu, sekali gus menyesakkan trafik di lokasi kemalangan.
19 mangsa cedera dihantar ke hospital manakala rakaman disiarkan media tempatan menunjukkan bas itu terbalik.
Hari ini adalah perayaan tahunan Qingming, iaitu upacara masyarakat China mengunjungi dan membersihkan kubur keluarga. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




