11 pintu rumah panjang musnah terbakar

11 pintu rumah panjang musnah terbakar

BETONG: Sebuah rumah  panjang dua tingkat jenis tidak kekal hangus dalam satu kebakaran di sini di sini pada pukul 10.19 pagi.

Kejadian itu melibatkan Rumah Agus Ban yang mempunyai sebanyak 11 pintu.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Vincent Baling Yabi berkata, kebakaran mengakibatkan kediaman terbabit musnah 100 peratus.

Bagaimana pun katanya, semua penghuni rumah terbabit terselamat apabila sempat keluar untuk menyelamatkan diri.

“Sepasukan anggota dari balai Betong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.20 pagi.

“Ketika ini, kami masih melakukan operasi pemadaman kerana api masih marak,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan berhubung kecederaan atau kemalangan jiwa.

Dalam pada itu punca kebakaran juga belum dikenal pasti.- UTUSAN