12 maut pesawat terhempas

12 maut pesawat terhempas
12 maut pesawat terhempas

Nahas berlaku berhampiran Lapangan Terbang Butler Memorial, kira-kira 106 kilometer di selatan Kansas City.

NEW YORK – Sebuah pesawat terhempas di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, mengorbankan kesemua 12 orang di dalamnya, kata Peronda Lebuhraya Negeri Missouri dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Nahas berlaku berhampiran Lapangan Terbang Butler Memorial, kira-kira 65 batu (106 kilometer) di selatan Kansas City.

Anggota kecemasan mendapat panggilan sebuah pesawat terjatuh dan terbakar sekitar 11:30 pagi Ahad, kata sarjan Peronda Lebuhraya Missouri, Justin Ewing.

Pesawat itu membawa orang ramai untuk terjun udara.

Tiada butiran lain setakat ini, kata Ewing.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan pihaknya akan menyiasat kemalangan itu. – Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top