12 negeri diramal hujan hingga 7 malam

12 negeri diramal hujan hingga 7 malam

lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 12 negeri sehingga jam 7 malam, hari ini.

Kawasan yang terbabit ialah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Turut dijangka hujan lebat Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan melanda dan Selangor (Hulu Langat dan Sepang) dan Johor (Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula membabitkan pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada jam 4.45 petang, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar berwaspada, terutamanya mereka yang berada di kawasan terbuka atau menjalankan aktiviti luar.

Risiko banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan elektrik turut meningkat dalam keadaan cuaca seperti ini.

Pihak berkuasa tempatan digesa untuk memantau kawasan berisiko dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya keadaan bertambah buruk.

Orang awam boleh mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi mudah alih MyCuaca untuk maklumat amaran dan ramalan terkini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top