12 Tahun Bercinta Tapi Tak Jadi, Azira Shafinaz Akui Dah Tak Ada ‘Spark’ | Oh! Media

12 Tahun Bercinta Tapi Tak Jadi, Azira Shafinaz Akui Dah Tak Ada ‘Spark’ | Oh! Media

Pelakon dan penyanyi popular, Azira Shafinaz memberi respon tentang kisah cintanya yang berakhir selepas 12 tahun bersama bekas kekasih.

BACA: Sudah Kenal 12 Tahun, Azira Shafinaz Umum Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi

Walaupun hubungan itu sudah berakhir tahun lalu, Azira tetap tenang dan menganggap ia sebagai satu pengalaman hidup yang penuh pengajaran.

12 tahun bercinta, Azira mengaku tak ada ‘spark’ lagi

azira shafinaz

Lapor Gempak, Azira bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca perpisahan tapi mengakui tiada lagi keserasian antara mereka.

Nak buat macam mana jodoh tak panjang, tapi saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?

Tambah Azira, dia tak menganggap tempoh 12 tahun itu satu pembaziran masa kerana banyak perkara yang telah dipelajarinya.

Bercinta terlalu lama mungkin sudah tidak serasi atau tiada ‘spark’ lagi.

Ahli kumpulan DeFam ini turut berkongsi yang ini bukan kali pertama hubungan mereka terputus, namun kali ini dia lebih tenang menghadapinya.

Rupa-rupanya sudah banyak kali putus

azira shafinaz

Putus berkali-kali, mestilah putus kali pertama paling sakit… lama-lama ke ‘dalam’ cuma kali ini lebih tenang.

Walaupun begitu, dia sendiri tidak pasti sama ada sudah benar-benar ‘move on’ atau belum. Tapi yang pasti, fokus utamanya kini adalah kesihatan mentalnya.

Berkongsi tentang harapannya selepas ini, Azira yang juga pelakon dalam drama bersiri One Cent Thief menyatakan keinginan untuk bertemu pasangan yang memahami kerjayanya. Ini kerana komitmen kerjanya sering menyukarkan dia untuk ada masa untuk diri sendiri.

#ApaKataOhmedia

Sudah tak ada jodoh nak buat macam mana kan? Didoakan semoga Azira bertemu dengan jodoh yang tepat tidak lama lagi.


Scroll to Top