Hanoi: Dua belas tentera Vietnam terbunuh dalam satu letupan tidak disengajakan semasa latihan ketenteraan di selatan Vietnam, kata media kerajaan pada Khamis.
Pihak berkuasa percaya bahawa sambaran petir semasa ribut ketika kejadian mencetuskan peledak elektrik ketika sekumpulan tentera itu mengangkut bahan letupan, kata laporan dari akhbar tentera tempatan.
Letupan berlaku pada malam Isnin di padang sasar tentera di Wilayah Tentera Ke-7 di Dong Nai, sebuah hab perindustrian di selatan Vietnam.
Pihak berkuasa masih mencari beberapa mayat mangsa, menurut laporan dalam Akhbar Tentera Ke-7.
Tragedi kemalangan maut semasa latihan ketenteraan jarang berlaku di negara komunis itu.
Kemalangan itu berlaku sehari selepas Menteri Pertahanan Phan Van Giang menyampaikan ucapan untuk menandakan permulaan latihan pertempuran, menurut akhbar negara Nhan Dan.
Kementerian Pertahanan mengarahkan penyiasatan segera terhadap insiden itu, kata Agensi Berita Vietnam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




