illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 lokaliti yang sebahagian besarnya di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini hingga 25 Ogos, berikutan risiko dan trend jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Lokaliti di Sabah adalah tiga di Kota Kinabalu membabitkan Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou.
Selain itu, Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau; Kampung Batu 1 Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu lokaliti di FELDA Jengka 25, Temerloh, Pahang juga dikenakan PKPD dalam tempoh berkenaan.
“Kita juga akan melanjutkan PKPD di beberapa lokaliti yang sepatutnya tamat esok iaitu di enam lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.
“Lokasi lain dilanjutkan PKPD di FELDA Jengka 7, Maran dan Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hishammuddin berkata, penelitian Kementerian Kesihatan (KKM) juga memutuskan 21 lokaliti di Sabah dan dua di Johor akan ditamatkan PKPD esok.
“Ia membabitkan kawasan di Kota Kinabalu (Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 dan 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre), Penampang (Country Height Fasa 1, 2 dan 3, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod, Kampung Tuunon), Beaufort (Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan, Taman Arjuna), Kinabatangan (Perumahan Ladang Tinabau) dan Tawau (Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat,Kampung Darat Inderasabah).
“Di Johor pula adalah Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai serta Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang,” katanya.
Hishammuddin berkata, sebanyak 60 premis perniagaan juga diarahkan tutup serta-merta dalam pemeriksaan dan lawatan mengejut dilakukan pasukan khas operasi pematuhan.
“Sejumlah 180 individu juga dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan 21 yang lain direman.
“Dalam Op Benteng, 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




