mhafis@mediaprima.com.my
Hulu Langat: Sebanyak 13 rumah dan empat kedai membabitkan beberapa kampung di daerah ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang tadi.
Ketua Kampung Kampung Batu 16, Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang selepas hujan lebat melanda kawasan terbabit.
Menurutnya, enam rumah rosak membabitkan Kampung Batu 16, Dusun Tua dan Kampung Kenanga.
“Di Taman Desa Sentosa dua rumah terbabit, tiga rumah di Kampung Bukit Kundang manakala di Kampung Tengah dua rumah dan empat kedai mengalami kerosakan.
“Sementara itu, sebanyak 10 batang pokok tumbang dalam kejadian ribut petang tadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro malam ini.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerosakan rumah ada yang menumpang di rumah jiran sementara waktu.
“Kita sedang membuat bancian bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terjejas,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




