
Sebuah feri membawa penumpang yang pulang ke kampung tiba di pelabuhan Perak di Surabaya pada Ahad.
JAKARTA — Kira-kira 143.9 juta warga kota di seluruh Indonesia dijangka ‘mudik’ pada Aidilfitri kali ini.
Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan tinjauan mobiliti nasional yang dijalankan sebelum tempoh perjalanan musim perayaan.
“Aliran mudik sudah bermula sejak Jumaat lalu. Sebanyak 31,000 buah bas, 840 kapal, 254 feri, 372 pesawat dan 3,687 kereta api telah disediakan untuk pengguna yang mahu pulang ke kampung halaman,” jelasnya.
Beberapa syarikat konsesi tol juga menawarkan diskaun sementara di laluan terpilih bagi menggalakkan pengguna melakukan perjalanan di luar waktu puncak dan memastikan aliran trafik lancar di sepanjang koridor utama terutamanya di rangkaian Trans-Jawa serta Trans-Sumatera.
“Bagi menguruskan lonjakan mobiliti, pemerintah juga telah menyediakan pelbagai langkah termasuk kapasiti pengangkutan tambahan, program perjalanan percuma dan polisi perjalanan berperingkat yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Nasioanl, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata, keselamatan sepanjang tempoh perjalanan juga akan diselaraskan menerusi Operasi Ketupat 2026 yang melibatkan 161,243 anggota gabungan daripada pelbagai agensi. – Agensi
Ringkasan AI
- Kira-kira 143.9 juta warga kota di seluruh Indonesia dijangka ‘mudik’ pada Aidilfitri kali ini
- Sebanyak 31,000 buah bas, 840 kapal, 254 feri, 372 pesawat dan 3,687 kereta api telah disediakan untuk pengguna yang mahu pulang ke kampung halaman
- Beberapa syarikat konsesi tol menawarkan diskaun sementara di laluan terpilih untuk menggalakkan perjalanan di luar waktu puncak
- Pemerintah menyediakan kapasiti pengangkutan tambahan, program perjalanan percuma dan polisi perjalanan berperingkat untuk mengurangkan kesesakan
- Operasi Ketupat 2026 yang melibatkan 161,243 anggota gabungan dari pelbagai agensi akan menyelaraskan keselamatan sepanjang tempoh perjalanan



