15 lembu seludup dirampas di Tanah Merah

15 lembu seludup dirampas di Tanah Merah

nfazlina@nstp.com.my

Tanah Merah: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 15 lembu seludup di Kampung Wakaf Simen, di sini, kelmarin.

Rampasan dilakukan Batalion 8 pada 11.15 malam itu menerusi Op Taring Wawasan selepas PGA mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata. hasil pemeriksaan terhadap lori terbabit menemukan 15 lembu tanpa dokumen sah.

“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun dipercayai menjadi penghantar lembu itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM186,000 termasuk lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top