Oh! Tidak
15 maut termasuk pelajar Upsi dalam kemalangan ngeri di Gerik. Bas terbabas selepas bertembung dengan MPV.
Pagi ini kita dikejutkan dengan satu insiden menyayat hati apabila kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan sebuah Perodua Alza meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.10 pagi tadi apabila pihak Hospital Gerik menerima maklumat mengenai nahas jalan raya berimpak tinggi di lokasi terbabit.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Gerik mengerahkan pasukan terdiri daripada seorang pegawai dan tiga anggota ke lokasi, dan tiba kira-kira sejam kemudian.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati sebuah bas membawa pelajar Upsi telah terbalik selepas bertembung dengan Perodua Alza.

Keadaan kenderaan dilaporkan amat teruk, menunjukkan impak pelanggaran yang sangat dahsyat.
15 mangsa terkorban dalam nahas…

Dalam laporan awal, dua mangsa wanita berjaya dikeluarkan dari bas dengan kecederaan parah, seorang patah tangan dan seorang lagi cedera di kepala.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik pada jam 2.28 pagi dan tiba kira-kira sejam kemudian untuk rawatan lanjut.
Namun yang menyayat hati, seramai 15 individu disahkan maut akibat kemalangan tersebut. Identiti mangsa belum diumumkan secara rasmi.

Pihak Upsi turut menzahirkan ucapan takziah dan doa melalui Facebook rasmi mereka.
Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini.
Pssttt! Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan dalam setiap perjalanan, lebih-lebih lagi melibatkan kenderaan berat dan ramai penumpang. Diharapkan pihak berwajib dapat menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil langkah penambahbaikan agar tragedi seumpama ini tidak berulang lagi. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!