Colombo: Sebuah bas di Sri Lanka yang membawa pelancong tempatan melawat kawasan pergunungan ladang teh jatuh hampir 300 meter dan mengakibatkan 15 orang maut.
Menurut polis, kejadian itu berlaku pada malam Khamis di kawasan pergunungan Ella, kira-kira 130 kilometer timur ibu negara Sri Lanka.
Enam belas penumpang lain turut cedera dalam kemalangan itu.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas bercuti di kawasan pergunungan yang lebih sejuk apabila ia melanggar sebuah kenderaan lain.
Bas itu kemudian merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke tepi jurang.
Difahamkan, kejadian ini kemalangan paling buruk sejak Mei lalu, apabila 23 penumpang maut dalam satu kemalangan bas di Kotmale.
Dalam pada itu, jalan berliku di kawasan pergunungan Sri Lanka dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.
Negara dengan populasi kira-kira 22 juta orang itu, mencatat purata 3,000 kematian akibat jalan raya setiap tahun.
© New Straits Times Press (M) Bhd




