152 butir bebola besi tembus dada

152 butir bebola besi tembus dada

am@hmetro.com.my

Jelebu: Bedah siasat terhadap mayat seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun menemui 158 butir bebola (ball bearing).

Difahamkan bebola besi itu berasal dari satu kelongsong peluru 12 bore yang menembusi tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Jelebu Superintendan Azizan Said berkata, bebola besi itu ditemui di bahagian dada mangsa yang menjadi punca kematiannya.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Rembau di sini, semalam.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Media sebelum itu melaporkan seorang lelaki maut selepas tertembak diri sendiri dalam kejadian di kebun durian miliknya di Kuala Klawang pada Rabu lalu.

Polis menjumpai mayat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

Azizan berkata, polis turut menemui selaras senjata api buatan sendiri diperbuat daripada kayu berhampiran mayat mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top