171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman

171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman

Trending

Pendakwaan juga tidak diteruskan kerana tiada seorang mengaku sebagai mangsa.


Baru-baru ini, tular di media sosial video serbuan yang dibuat pihak berkuasa ke atas sebuah pusat spa di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan untuk siasatan lanjut. Namun, permohonan reman terhadap mereka telah ditolak mahkamah menyebabkan mereka dibebaskan.

Reman ditolak kerana lewat, hanya 31 warga asing ditahan dua hari

Memetik laporan Sinar Harian, permohonan reman terpaksa ditolak kerana kelewatan permohonan yang berlaku akibat jumlah tangkapan yang terlalu ramai, selain proses pengelasan yang perlu dibuat satu persatu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, keadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya.

Dalam pada itu, daripada keseluruhan 202 individu yang ditahan, hanya 31 warga asing direman selama dua hari.

Polis memaklumkan warga asing tanpa dokumen akan dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen.

Tangkapan ini melibatkan kategori masalah jenayah sosial yang semakin membimbangkan.

Fadil menjelaskan semua individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan, namun siasatan tidak dapat diteruskan kerana tiada bukti kukuh.

Bagaimanapun, tiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut. Maksudnya, walaupun tindakan telah diambil, penganjur nampaknya masih bebas dan kita tidak dapat menyerbu mereka secara langsung. Selain itu, kita tidak boleh mendakwa mereka dari sudut undang-undang sedia ada kerana bagi kes eksploitasi, pelacuran atau perlakuan luar tabi‘i, mesti ada mangsa. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku menjadi mangsa, jadi kes tidak dapat diteruskan.

Pssttt! Kes ini menunjukkan betapa kompleksnya isu jenayah sosial yang melibatkan premis tertutup dan pelanggan yang enggan tampil sebagai mangsa. Apa-apa pun semoga mereka yang terlibat kembali ke pangkal jalan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top