18 sekolah tenggelam!

18 sekolah tenggelam!

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Sebanyak 18 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup akibat dilanda banjir susulan hujan lebat sejak semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, ia membabitkan enam sekolah di Hulu Terengganu, lima sekolah di daerah Kemaman, empat di Dungun dan tiga di Setiu.

Beliau berkata, di Kemaman, sekolah ditutup membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu, SK Pasir Gajah, SK Seberang Tayor, SK RKT Seberang Tayor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh.

Katanya, enam sekolah yang ditutup di daerah Hulu Terengganu adalah SK Lubuk Periok, SK Padang Setar, SK Tengkawang, SK Padang Setebu, SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kuala Ping.

“Tiga sekolah di daerah Setiu yang ditutup adalah SK Sungai Las, SK Kampung Bukit Ulu Nerus dan SMK Sungai Tong,” katanya tadi.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, empat lagi sekolah yang ditutup di daerah Dungun adalah SK Pasir Raja, SK Jongok Batu, SK Minda Tolong dan SMK Kuala Jengal.

Katanya, kesemua sekolah itu ditutup bermula semalam selepas dinaiki banjir.

“Semua guru dan pelajar serta murid sekolah itu diberi cuti bencana sehingga keadaan pulih,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyak 41 sekolah rendah dan menengah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Ia membabitkan 28 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah yang dibuka sebagai tempat perlindungan mangsa banjir,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top