18,192 iklan jelik diturunkan sejak 4 tahun lalu

18,192 iklan jelik diturunkan sejak 4 tahun lalu

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik termasuk iklan di platform media sosial sudah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari tahun 2022 sehingga 15 Januari 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain itu, sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

Katanya, dalam tempoh yang sama, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian disekat manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial telah diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet.

“Kerajaan komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998 [Akta 588].

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289],” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan, Mohamad Shafizan Kepli (MP Batang Lupar).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top