19 maut, 16 cedera bangunan runtuh di Maghribi

19 maut, 16 cedera bangunan runtuh di Maghribi

Rabat: Dua bangunan setinggi empat tingkat runtuh di bandar Fes, Maghribi, mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa, menurut laporan agensi berita negara itu pada Rabu.

Agensi Berita MAP melaporkan bahawa 16 individu lain mengalami kecederaan pada pelbagai tahap keseriusan, manakala operasi menyelamat masih giat dijalankan di lokasi kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top