Istanbul: Seramai 19 orang maut dan 364 lagi cedera dalam serangan kumpulan Houthi Yaman ke atas lapangan terbang Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi pada Khamis.
“Serangan Houthi terhadap Arab Saudi semakin meningkat sejak awal Oktober, susulan peningkatan serangan kumpulan yang disokong Iran itu terhadap negara berkenaan sejak Julai,” kata jurucakap pakatan Turki al-Maliki pada sidang media yang disiarkan saluran berita Saudi Alekhbariya News TV.
“Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh menjadi sasaran 20 serangan Houthi sejak awal Oktober,” katanya.
“Seramai 17 orang maut dan 333 lagi cedera dalam serangan ke atas lapangan terbang itu antara 7 hingga 11 Oktober.”
“Dua orang turut maut dan 28 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir, barat daya Arab Saudi,” kata jurucakap itu.
Menurut angka pakatan itu, tiga lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdullah di wilayah Jazan, barat daya Arab Saudi.
Lima lapangan terbang Arab Saudi, termasuk lapangan terbang utama Riyadh, menjadi sasaran serangan Houthi sejak 5 Oktober, menyebabkan kematian dan kecederaan selain kerosakan harta benda serta gangguan terhadap lalu lintas udara, menurut sumber rasmi Arab Saudi.
© New Straits Times Press (M) Bhd

![[UPDATE] Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami [UPDATE] Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pegawaikastam_HMfield_image_socialmedia.var_1792082815.jpg)

![[UPDATE] Pegawai kerajaan maut ditikam suami: Suspek serah diri selepas kejadian [UPDATE] Pegawai kerajaan maut ditikam suami: Suspek serah diri selepas kejadian](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/percaya_HMfield_image_socialmedia.var_1792081213.jpg)
