Sebanyak 19 van jenazah bergerak ke Perak untuk membantu menguruskan dan membawa pulang kesemua jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan awal lagi tadi.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, van jenazah berkenaan di bawah Pertubuhan Amal Komuniti Besut yang turut melibatkan 46 sukarelawan dari komuniti Besut, Setiu dan Pasir Puteh.
19 van jenazah
Konvoi berkenaan terus menuju ke Hospital dengan bantuan Kereta Peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
“Mereka juga membawa kelengkapan kain kapan untuk wanita dan juga lelaki, kita doakan semoga perjalanan mereka selamat sampai.
“Sukarelawan itu juga membawa jurumandi jenazah yang terdiri daripada perempuan dan lelaki. Mereka ini terdiri daripada komuniti Besut, Setiu dan Pasir Puteh. Terima kasih diucapkan kepada mereka,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.
Artikel lain: Nahas UPSI: Bas persiaran langgar belakang Alza sebelum hilang kawalan – Polis
19 van jenazah
Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Sumber: Facebook @Terengganu FM